Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di
Jose Fabella Memorial Hospital.
Jose Fabella Memorial Hospital.
“Bayi amat comel dan sihat,” kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia,” katanya.Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante CamachoPasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.
“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang,” katanya.Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini.[sumber]
*Cuak aku..
tahniah dunia.....;)
BalasPadamMacam mana diaorang kira daaa.... ?
BalasPadambaby bertuah
BalasPadamsaya pon tumpang gembira untuk bayi ni..hehe
BalasPadam7 billion? hebat.
BalasPadam7 bilion yg terdaftar lah tu. yg tak di daftar? yg dibuang tepi longkang? hehh. berapa ramailah sebenarnya..
BalasPadambetul ke yg ke 7 bil???
BalasPadam7 bilion? terbeliak bijik mata ha
BalasPadamkita bayi yg ke berapa agak agaknya? haha
BalasPadamhahaha comey baby tu..besaaarr berapa kg tah... 7bilion..wah2 dorang mngira sorang2 bersalin eh..heehe
BalasPadamsalam;
BalasPadamItu dikira melalui hospital2 kerajaan dan swasta diseluruh dunia..belum dikira bayi yang dilahirkan secara tidak sah..mungkin melebihi angka 7 bilion.
baby tu sangat bertuah,atoto comel
BalasPadamBoleh lak die kire ek.. Hehehe..
BalasPadambertambah lagi sorang penduduk bumi...
BalasPadamyang dikira...yang tak dikira? hehehe...
tengok baby comel membuatkan perasaan nak kawin tu makin membuak2.. kih3
BalasPadamdorang kira camner..heheh aku tak caya hahaha..aku ialah bayi ke 2 billion heheh..;p..
BalasPadam7 billion tu...ada berapa kosong ye kat belakang tujuh tu...heee...
BalasPadam