Presiden AS, Barack Obama (gambar) kelmarin memberi ulasan mengenai kematian berdarah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan menyatakan orang mati wajar dilayan dengan sopan walaupun ketika hidupnya dia telah melakukan perkara-perkara yang buruk.
Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara kelmarin, lima hari selepas dia ditangkap, dibunuh dengan jenazahnya dijadikan pameran.Beberapa klip video menunjukkan bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu dicaci, dipukul dan didera sebelum dia meninggal dunia.
"Layanan terhadap Gaddafi dan jenazahnya bukan sesuatu yang menggembirakan kita," kata Obama ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung penyiaran klip-klip video terbabit dalam rancangan bual bicara Tonight Show terbitan NBC yang dihoskan oleh Jay Leno.
"Saya fikir anda perlu melayan orang mati dengan tertib walaupun dia melakukan perkara yang teruk semasa hidupnya," tambah Obama.Obama memberitahu, pentadbirannya tidak menyiarkan satu pun gambar bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak komando AS pada Mei lalu.[sumber]
*Cuak aku..Rakyat libya patut malu...
tu la, kdg2 org islam sndiri lebih kejap thdp kaum sndiri. tak hairan la org bkn islam pandang negatif pada islam terutamanya di asia barat yg byk puak plampau!
BalasPadammemang tak patut pun diorang buat gitu.
BalasPadam