ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 31 Oktober 2011

Najib, Rosmah tunai ibadah haji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: " Saya akan menunaikan fardhu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.[sumber]

*Cuak aku..Semoga dapat haji mabrur..Lepas ni pangil Datuk seri Haji najib razak dan Datin seri Hajah rosmah mansur..

Nak senyum pegi blog senyum-senyum

13 Pengkritik Yang Cuak:

  1. alhmdulillah..sampai serunya..dah layak pon..

    hehe..

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya..aminn

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semoga berubahla beliau :)

    BalasPadam
  4. semoga segalanya dipermudahkan

    BalasPadam
  5. semoga ada hikmahnya pergi haji tu...

    BalasPadam
  6. bile la plak turn sy nk smpai ke tanah suci..

    BalasPadam
  7. semoga di sebalik ini, mereka akan dipertunjukkan jalan yang lebih baik..insyaAllah..

    untung jadi PM, ada orang kawal laluan, kalau kita tentu berhimpit-himpit hehe..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah. semoga mereka dpt haji yang mabrur :)

    BalasPadam
  9. hrp2 lepas ni hajah rosmah akan menutup aurat sepenuhnya...bersesuaian dgn nama

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...