ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 1 November 2011

Penyokong NS kena serang

Seramai sembilan penyokong pasukan Negeri Sembilan terpaksa menghadapi detik-detik mencemaskan apabila dikepung sekumpulan lelaki selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara negeri ini dan Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mereka sedang berjalan kaki menuju ke tempat parkir sebelum kira-kira 40 lelaki memakai baju-T berwarna hitam dan putih menghampiri mereka secara tiba-tiba.

Mangsa, Mohd Latif Mohd Taib, 20, berkata, sebelum kejadian, seorang lelaki dan seorang wanita menasihatkan mereka mengikut laluan lain dan menanggalkan baju berwarna kuning yang dipakai.

“Kami mengambil keputusan melakukan seperti yang dinasihatkan kerana terdengar bunyi bising seperti suasana kecoh sedang berlaku di kawasan berhampiran.

“Kemudian kami bersepakat melarikan diri untuk menyelamatkan diri namun nasib saya malang kerana dapat ditahan oleh salah seorang ahli kumpulan terbabit,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Rahang di Seremban, malam kelmarin.

Mohd Latif berkata, dia tidak dapat melarikan diri kerana dikepung ahli-ahli kumpulan berkenaan manakala lelaki yang menahannya mengacukan sebilah pisau ke pinggangnya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian mengugut akan menikamnya jika dia tidak menanggalkan baju kuning yang dipakai.[sumber]

*Cuak aku..Pasal penyokong n.9 bakar bendera terengganu tu, bagi aku tiada bukti menunjukan mamat tu bakar bendera terengganu..cuma bila dah ramai2 biasa la..diaorang nak buat alasan belasah orang n9 dia kata la mamat tu bakar bendera dia..secara logik tak kan la nak bakar bendera lepas tu lalu kawasan orang terengganu kan..mungkin mamat tu tersalah jalan ke apa ke..budak terengganu pulak dah bengang sebab kalah..jadi la kes macam ni.. aku tengok jugak video tu..aku fikir dalam ramai2 tu tak semua pun nampak mamat tu bakar..tapi layan lebih je..tengok membe dia belasah orang terus nak join..kih kih kih..

Pagi2 jom Senyum-senyum

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. penyokong terengganu yang butt hurt. dah kalah, kalah lah. haish.

    BalasPadam
  2. ityulah fenomena yang melanda negara kita , kalau kalah sikit nak bergocoh , entah pape..cuba la terima kekalahan dengan hati terbuka , ini sekadar game je , yang nak bergocoh tu buat pe..adoi sakit hati tul la

    BalasPadam
  3. cik ekin, pnyokong N9 pun satu hal.menang menanglah. nak naikkan lagi ego tinggi2 smpai pi bakar bndera org tu nape. pk logik ,takkan penyokong tganu nak bakar bndera sendiri..

    ok. kita tak thu kesahihan pasal org yg bakar bndera tu betul or tak. tapi tak perlu nk kutuk pnyokong tganu pulak..

    xdenye nak butt hurt. hai-o yang sumbat gol tu org tganu. bangge ada org cam dia tolong korang sumbat gol, lau tak , tak thu kputusan cmne kan...

    BalasPadam
  4. tanpa nama:bukn nak kutuk ..tp kenyataan..dia diTUDUH bakar bendera dan di belasah ramai2..tp satu video pun tk de tunjuk bendera kena bakar tu..tak kan da hangus kot bendera tu sampai tk sempat nak rakam..

    pasal hai-o tu stiap pasukan bukan semua pemain asal negeri yg sama..tk kisah dia negeri mana..bukan tu jd masalhnya..jd tk bleh la ckp mcm tu..

    BalasPadam
  5. haih, mereka ni terlebih semangat kesukanan..terus jadi tak professional..haih..kalah menang adat permainan..takkan nak dua2 menang2 kot..

    BalasPadam
  6. Salam;
    Tak baik gaduh2 pasal sukan ni..kalah tak semestinya kalah terus dan yang menang tak semestinya menang terus..dalam bab bersukan cuba buang sikit sikap kenegerian ni berfikir secara rasional.

    BalasPadam
  7. cehhh....dasar x boleh terima kekalahan, xpasal2 p serang penyokong n9...

    klu rasa main nak menang jer, p main sendiri la..kompom menang..

    haha~~

    BalasPadam
  8. hahahaha.. ni lah REALITI masyarakat melayu... pasal kalah bola pun nk gado.. be profesional laahh.. adat lah game ada kalah menang.. kalau bkn n9 menang mlm tu, msti terengganu menang kn? kalau terengganu menang skali pun, ntah2 kuar cter yg sme gak..len kali kalau tak nak kna belasah, pi tgk kt umah jelah tak pn kt warong mamak.. tak pyh pi stadium..


    tanpa nama : kalau hai-o main dgn negeri lain pun, lwn dgn terengganu skali pun kt mane2 final, ttp jgk dia sumbat gol tok negeri yg dia main tu..tak pyh lah nk buat isu n9 menang sbb hai-o..tu namanya rezeki n9 nk menang..cbe fikir knp sharbinie blh fail tangkap bola kunalan tu pd hal bola bkn laju maner pun..itu lah namanya rezeki bt pasukan n9 dpt bt gol penyamaan..


    p/s: i'm not racist but that's only my opinion.. peace no war :D

    BalasPadam
  9. aduh...pasai bola pun orang kita bergaduh sampai teruk2 mcm ni...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...