ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 November 2011

Fakta mengenai ibadah haji

Ibadah haji yang mencapai kemuncaknya esok apabila semua jemaah berhimpun di Arafah, di barat Arab Saudi adalah perhimpunan tahunan yang terbesar di dunia.

Fakta tentang ibadah haji :

* Dianggarkan kira-kira 2.5 juta jemaah berhimpun di Makkah tahun ini - 1.8 juta dari luar negara dan 700,000 hingga 800,000 adalah jemaah tempatan.

* Setiap negara Islam mempunyai kuota haji dengan 1,000 jemaah bagi setiap juta penduduk dan kumpulan haji terbesar seramai 200,000 adalah dari Indonesia.

* Arab Saudi mengerahkan kira-kira 100,000 anggota keselamatan, termasuk 3,500 polis anti-rusuhan yang dilengkapi 450 kenderaan bersenjata, manakala jabatan pertahanan awam mengerahkan 22,000 anggota dan 6,000 kenderaan.

* Sebanyak 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di dalam dan di sekitar Masjidil Haram dan 29 balai polis dibuka bagi mengawal tempat suci.

* Kira-kira 20,000 pekerja kesihatan diarah bersiap sedia menangani sebarang kes kecemasan dan lima helikopter penyelamat turut disediakan.

* Masjidil Haram yang terletak di tengah Makkah tempat jemaah bersolat dan melakukan tawaf di Kaabah meliputi kawasan seluas 368,000 meter persegi mampu memuatkan lebih 1.5 juta orang.

* Kaabah terletak di atas tapak marmar dibina daripada granit dan mempunyai pintu diperbuat daripada 280 kilogram emas tulen. Kain kiswah yang membaluti Kaabah ditukar setiap tahun. Ia dihiasi ayat al-Quran yang ditulis dengan benang emas dan perak seberat 150 kilogram.[sumber]

*Cuak aku..Selamt hari raya aidiladha kepada semua kawan2 di blog..jemput la makan kuih jemput2 ni..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ekau bilo nak poei aji jang?

    BalasPadam
  2. fakta yg mnarik...snggah n follow sni..klu sudi follow back ye;)

    BalasPadam
  3. dpt BE dr nuff nnt p la hj...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...