ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 24 November 2011

Anugerah lagu terbaik yuna dibatalkan

Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.
“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.[sumber]

*Cuak aku..Elok la tu..aku pun tak berapa berkenan dengan yuna ni..kih kih kih..

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Yuna kena bersikap positif, jgn tunding jari pada pihak lain semata2, muhasabahkan diri balik pasti ada hikmah disebalik kejadian. Benda ni tak kan berlaku jika tanpa izin-Nya.

    BalasPadam
  2. then sapa lak pemenang nyer?

    BalasPadam
  3. khairin:anuar zain kot..kih kih kih

    BalasPadam
  4. Kesian Yuna.. Ambik iktibar yang ada..

    BalasPadam
  5. salam;
    harap2 jangan adanya komplot disebalik penarikan anugerah tu.

    BalasPadam
  6. sian Yuna.ala AIM ni pun..yang dah lepas tu..biarkan je la lepas.adoyai lagi mau panjang2 cerita

    BalasPadam
  7. kesian gak kat yuna tapi nak wat cammana..btw yang menang ialah lagu sedetik lebih, anuar zain...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  8. macam pelik kenape dye menang kan . tapi kesin dye

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...