ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 7 November 2011

Parlimen dibubar 11.11.11

Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.


Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.


Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.


"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.


"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.[sumber]

*Cuak aku..jangan lupa daftar..nanti tak bleh ngundi.. kih kih kih

6 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ingat betul3 tadik bro....tp aku pun rasa PM akan bubar lepas dia balik dari haji ni....

    BalasPadam
  2. Biar betik... Memang ketinggalan sungguh aku ni... hurm...

    BalasPadam
  3. pe2 pun tahun depan kene pilihan raya jugak kalo tak tahun ni pun, sekarang ni Najib memang risau sebab 5 negeri bawah pembangkang, dia tak nak ade pilihanraya asing2, jadi dia kene pastikan yang PR jugak terdesak bubar DUN.

    BalasPadam
  4. da lama da regis .. ni kali ketiga mengundi huhbu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...