Raja pandu kereta mengundur, I. Rajagopal, 56, bakal melakar sejarah tersendiri apabila merancang memandu secara mengundur pada jarak paling jauh berbanding dua rekod sebelum ini.Pada penjelajahan sejauh 1,500 kilometer (km) bermula pada 12 Disember 2012 bersempena tarikh 12.12.12 itu, beliau akan menggunakan kereta jenis Proton Saga 1.6 bermula di bandar raya Johor Bahru.
"Dari Johor Bahru, saya akan memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 40 kilometer hingga 50 kilometer sejam mengelilingi Semenanjung Malaysia sebelum kembali semula ke Johor Bahru.
"Penjelajahan ini dijangka mengambil masa selama 10 hari," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.Pada 2008, Rajagopal mencipta rekod pertama memandu secara mengundur dengan purata kelajuan 55 kilometer sejam sejauh 88 kilometer dari Jalan Ungku Puan, Johor Bahru hingga ke pantai peranginan Desaru di Kota Tinggi.[sumber]
*Cuak aku..
rekod...rekod jg tp dia terlupa cara dia ni byk menyusahkan org..x caya? ramai org tgh drive terpaksa berhenti utk beri laluan pd dia..sdg kn kite x tau time tu ramai nk rushing
BalasPadamfirst thing yang fa pk bila baca neh, menyusahka idup orang ada lah. sama macam cik khairin cakap.
BalasPadamni da takde kerja lain la ni...nak pandu mengundur...huhu...
BalasPadammcm2 la org zaman skrg ni.. ade je bnda pelik2 yg nak dibuatnya..
BalasPadamwah..sib baik ade orang nak escort..klu tak risau gak aku..hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-