ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jumlah penduduk dunia

Populasi dunia akan mencecah tujuh bilion hujung tahun ini dengan peningkatan penduduk di Afrika mengatasi kadar kematian di tempat lain.Kajian terbaru yang dilakukan Institut Kebangsaan Bagi Kajian Demografi (INED) Perancis juga meramalkan peningkatan berterusan keseluruhan populasi sehingga jumlah itu stabil antara sembilan hingga 10 bilion menjelang akhir abad ini.


Daripada enam bilion penduduk, angka yang dianggarkan pada 1999, jurang antara kadar kelahiran dunia dengan kadar kematian meningkatkan jumlah populasi kepada tujuh bilion dalam masa 12 tahun saja.INED menjangka jumlah penduduk akan bertambah kepada lapan bilion dalam masa 14 tahun lagi sebelum jumlah itu stabil.

Dari sudut sejarah, peningkatan populasi global meningkat sejak abad ke-19.Menurut INED, kini hanya populasi di tujuh negara membentuk separuh daripada jumlah penduduk dunia menyebabkan peralihan demografi mereka akan memberi kesan yang besar.

China berada di tempat teratas dengan 1.33 bilion penduduk sementara India di tempat kedua dengan 1.17 bilion.Lima negara lain, mengikut turutan, ialah Amerika Syarikat, Indonesia, Brazil, Pakistan dan Nigeria.INED juga meramalkan India akan menjadi negara paling ramai penduduk antara sekarang hingga 2050.[sumber]

*Cuak aku..kalau korang tahu berapa pulak jumlah penduduk di kawasan korang??..hah..cuak nak jawab...kih kih kih..

21 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tapi kat india paling hebat lah.

    BalasPadam
  2. makin ramai lahir dan makin ramai juga meninggal dunia..

    BalasPadam
  3. ramai orang kat dunia ni ropenye

    BalasPadam
  4. mencuakkan,ramai nye penduduk huhu

    BalasPadam
  5. semakin berat dunia nak menampung manusia ni...

    BalasPadam
  6. Biasalah tu, setiap saat ada saja yang pergi... dan ada juga kelahiran baru... :)

    BalasPadam
  7. Blog ni dah tersenarai dalam bloglist Lulu-Pages :)

    BalasPadam
  8. Salam;
    biasanya negara yg paling miskin paling banyak penduduk..

    BalasPadam
  9. jumlah penduduk semakin pesat mengalahkan pembangunan. ahahaa

    BalasPadam
  10. mampu ke Bumi nak tampung manusia seramai tu nanti...huhu~

    BalasPadam
  11. Tun Mahathir dulu pun sarankan Malaysia mesti capai 70 juta..aku dah sumbangkan 2 tu...hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaiklah bro..tahniah hahha

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  12. wahhh..rmainyaaaa..berat bumi nnt..hihi :)

    BalasPadam
  13. berat ngan orang atau berat ngan apa

    BalasPadam
  14. owh..b4 ni echa tau india no1..skrg china lak ea..hehe..

    kat tmpt sy..sy xtau la..pnt nk kira..wakakakaka ~

    BalasPadam
  15. setahu aku kalau kat taiwan,,dia ada control kelahiran,,satu family boleh beberapa orang anak je..dan kebanyakkan diorang nak anak laki..kalau dapat anak pompuan diorang gugurkan..kalau tak silap la..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...