ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Buku terbesar mengenai Rasulullah


Sebuah buku terbesar mengenai Rasulullah, seberat 1,600 kilogram dan mengandungi 420 muka surat. Setiap mukanya sebesar empat kali lima meter. Buku itu akan diterbitkan tidak lama lagi.Buku itu akan ditulis oleh Abdullah Al-Mosleh, Setiausaha Agung Organisasi untuk Mukjizat Saintifik Di dalam al-Quran.Ia akan diterjemahkan ke dalam empat bahasa antarabangsa dan dimasukkan ke dalam buku Guinness Book of Records.

Tujuan utama buku itu diterbitkan adalah untuk mempromosikan mesej Rasulullah dan memberi gambaran yang sebenar tentang kehidupan dan agama yang dibawa oleh beliau. Penerbitan buku ini sangat penting waktu ini, ketika musuh Islam melancarkan serangan hebat untuk merosakkan imej beliau.


“Buku ini akan menceritakan setiap detik kehidupan Nabi Muhammad. Ia juga mempunyai 100 fakta saintifik mengenai beliau yang berkait dengan perubatan, kejuruteraan dan pertanian,” kata Muhammad Al-Aulaqi, pengerusi Kumpulan Mashahid yang mengilhamkan penerbitan buku itu.[sumber]

*Cuak aku..besar ni..

28 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Salam;
    Usaha yg murni patut disokong..lepas ni ada pihak yg mentersabotajkan buku ni nanti..tunggulah.

    BalasPadam
  2. besarnye..
    satu usaha yg bgus :)

    BalasPadam
  3. gile besar buku tu.. tapi mesti menarik je nk bace kn..

    BalasPadam
  4. usaha yg bagus.. ( jgn semata-mata nak kejar rekod dunia sudah )

    BalasPadam
  5. 1600 kg bahagi 210 helai = 7.6 kg/helai

    satu helaian 3.8 kg berat.. uihh nak selak tu pun mau sakit lengan..

    BalasPadam
  6. ehh silap.. 1 mukasurat tu berat 3.8kg..

    BalasPadam
  7. wahhh..mcm mane dy selak tuh :)

    BalasPadam
  8. orang rabun terus tak yah pakai spek dah hehe..bapak berat sehelai kertas..kena angkat sehelai kertas ngan kuat2 hehe.

    BalasPadam
  9. cik9:berat tu...

    syrup:angkat je la mana yg boleh..

    BalasPadam
  10. menarik buku ini!...ada jual ke?...

    BalasPadam
  11. bagus lah usaha murni macam ni..bagi lah kesedaran sikit kat umat Islam yang hampir2 layu...huhuhu

    BalasPadam
  12. apa segnifikannya buku ini...mesej yg nak disampaikan aku rasa tak mungkin sampai....semata2 dengan buku yg besar sebegini....umpama masjid yg tersergam indah tetapi di dalamnya hanya beberapa kerat sahaja yg mengimarahkannya...lebih baik buat buku kecil senang dibaca dan di bawa.yg penting mesej sampai..

    BalasPadam
  13. bgs ni...kalo ada kat mlysia nak pegi tgk la

    BalasPadam
  14. biarkan ada manfaat disebalik terbitan buku ni..bukan nak kejar rekod dunia..hee..

    BalasPadam
  15. unik,mesti menarik untuk dibaca..

    BalasPadam
  16. besar & berat..bestnye kalau dapat satu..tp mestila xde tempat nak letak..

    BalasPadam
  17. besarnya =________= hahaha :D cool!

    BalasPadam
  18. unik ~
    sesuai la utk rabun2 mcm echa ni..
    hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...