ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 9 Ogos 2011

Penghuni Burj Khalifa berbuka lewat

Tahukah korang umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tinggi waktu berbuka puasa  mereka berbeza mengikut tingkat.Ini telah diputuskan sendiri oleh ulama Dubai kepada penghuni bangunan tertinggi di dunia, iaitu Burj Khalifa, mereka terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan ini berbanding orang lain.


Menara Burj Khalifa

Menurut ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, beliau berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.Manakala bagi penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit.

Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah.Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni [sumber]

Antara bangunan tertinggi didunia

 *Cuak aku..nanti kalau nak  awal sikit turun la tingkst bawah...kih kih kih..

23 Pengkritik Yang Cuak:

  1. cuak aku baca ni , ekeke.. lewat 2 3 minit ja pun,igtkan lewat byk , :p


    http://asyrafasnawi.com/

    BalasPadam
  2. baru tahu hari ni bro.aq engatkan sama je waktu berbuka...cuak3..

    BalasPadam
  3. wah. baru aje tahu pasal ni. hehe

    BalasPadam
  4. huuu..memang bagus, ada kajian. Abis tu kite kat malayia xde pun macam tu

    BalasPadam
  5. yeke? baru aku tahu.

    baik duk bawah, hehe XD

    BalasPadam
  6. mcm kita kat sini ler..Cameron dan Genting lambat sikit dari kawasan yang berhampiran..huhu..tak sanggup aku duk bangunan tinggi cam tu..haha..

    BalasPadam
  7. la yeker..tak tahu pon..ingatkan sama je buka.tak de kena mgena dgn ketinggian..hehe

    BalasPadam
  8. terjun je pakai payung terjun..sampai kat bawah..trus je ngapppp burger hahahahah...itupu kalau burger tak goyang hhahahhaha

    BalasPadam
  9. eeii.cuaknya! apasal lak ikut ktggian? betul2 buat aku cuak lah..

    BalasPadam
  10. syuxer:kih kih..bleh lk mcm tu ye..

    azizah:tu la pasal baru tau ni..

    kiz:aku pun cuak ngan ketinggi an ni..

    keroro:btul tu baik duk bawah je..

    farizal:kat malaysia tk tau la plak..

    BalasPadam
  11. amboi.. first time dgr ni.. hahaha.. ade laen2 pulak waktu berbuka.. kalau macam tu kalau nk buka cepat tumpang kat bawah lar.. hahah..

    BalasPadam
  12. ohh macam tu ekk.. kalau macam tu nak gi underground lah.. plg cepat berbuka puasa kan.. haha =)

    BalasPadam
  13. tak da lewat mana pun...hoho..

    BalasPadam
  14. hahaha...nice info ni bro...

    BalasPadam
  15. memang betul la... mcm duduk atas gunung pun kena lewat bebuka :)

    BalasPadam
  16. huu..kna duk tingkat bawah la tgu waktu berbuka..

    BalasPadam
  17. ia ke? macam tu pulak ek...kalau gi sana, minta duk bawah sekalilah....

    BalasPadam
  18. haha...betul3..nak buka awal turun kat tingkat bawah..siap2 turun awal and get ready!

    BalasPadam
  19. linda tekan read more, suppose the entry berjele. hihihii :D

    manusia makan rambut.

    BalasPadam
  20. keh3x,nasib bek xlame sgt,setakat 2,3 minit ok la hehe :P

    BalasPadam
  21. sama jugalah kan kalau org tinggal kat gunung tu..hehe

    BalasPadam
  22. yeke gnie..best la buke ikut ketinggian..weee..td dgr era puasa diperantauan..org kat sane sume buke awl kn..puas kejap je..

    BalasPadam
  23. aik..igtkn makin tggi makin awl rupanya mkn lmbt..hahaha..
    baru tau ttg ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...