ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 9 November 2011

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia 2, Thailand 1

JAKARTA: Skuad bola sepak Sukan SEA Malaysia memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.


Pasukan bola sepak Sukan SEA negara mendahului Thailand 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama. 

Pada penghujung separuh masa kedua, pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. 

Bagaimanapun, penyerang negara, Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan kedua kumpulan A Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.Perlawanan peringkat kumpulan hari ini adalah yang kedua selepas pasukan negara seri tanpa jaringan menentang Singapura, baru-baru ini.[sumber]
 
*Cuak aku tengok game tadi..Nasib baik menang..kalau seri tadi menang sangkak..peluang banyak tapi tak gol..kena tajamkan lagi serangan bila lawan kemboja lepas ni...kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. best kan.cayalah..tak sia2 pakai jersi..kikiki..

    BalasPadam
  2. peluang banyak tapi tak gol..
    tu maknanya tak hebat le..hehhehe...
    kang ada marah baca komen nih..hehehhe

    BalasPadam
  3. melompat2 den td ms izzaq score yeah

    BalasPadam
  4. arul, terer ekau ckp thai no

    BalasPadam
  5. vs kemboja la lps ni indon last game

    BalasPadam
  6. khairin:dah btulkan tu..kih kih kih..ada blaja sikit2 ckp thai..kih kih

    BalasPadam
  7. tgk plawanan ni td..fuh..jantung dok kat lutut..pnya tkot seri...huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...