ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 12 November 2011

Gambar termahal di dunia

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.


Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie.Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.

Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled.Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu.[sumber]

*Cuak aku..Lepas ni bleh la ambik gambar sungai belakang rumah aku tu..mana tau bleh lelong juta2.. kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. boleh tahan gak ni, aku banyak gambar2 menarik dan penuh kesenian untuk diexpose ni, mane tahu dapat masuk lelongan gak kan bro, cam gambar sungai belakang rumah bro tu. ekeke

    BalasPadam
  2. wah,sekeping gmbr pun juta2,. aku tak tahu dimana seninya gmbr tu sampai harga berjuta2,.canie aku pun nak cuba amik gmbr gakz la, mana tahu ade org berseni yg value gmbr aku tu juta2 gakz,hehe

    BalasPadam
  3. gambar simple mcm tu pun mahal sampai berjuta2 harga dia?...dunia oh dunia ...

    BalasPadam
  4. gambar ni...cam biasa je..tp tak tahu la apa luar biasanya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...