ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 21 November 2011

Final Sukan SEA 2011 Malaysia vs indonesia malam ini

Stadium Gelora Bung Karno kembali menanti kunjungan Harimau Muda.Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.

Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.

Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada.Sebaliknya, anak-anak buah Ong Kim Swee itu seharusnya menganggap aksi final malam ini sebagai medan pertarungan yang baharu bagi mereka.

*Cuak aku.. Malaysia boleh...!!! Aku teka malaysia menang 2-1.. Jangan risau kekuatan indonesia..team kita pun kuat jugak..indon cuak.. kih kih kih

14 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kena bersedia gak indon nak balas dendam atas kekalahan lepas huhuhu... go go tiger (^^,)

    BalasPadam
  2. Malaysia Boleh!!...indon akan ketulahan atas kejahilan diaorang membenci Malaysia...

    BalasPadam
  3. malaysia boleh... pasti malaysia menang,.. amin....

    BalasPadam
  4. betul tu arul...HM akan mng mcm liverpool pg td..yeahhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  5. khairin: liga lain tk masuk cite ye..kih kih kih..

    BalasPadam
  6. ooo kalu mng x de la kuar staement cam tu kn? hehhehehe

    BalasPadam
  7. semoga Malaysia bawak balik emas nnti!!

    BalasPadam
  8. yes..feel bile dpt beat tuan rumah kat final memang best..macam 2 tahun lepas kat vietnam..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. malaysia boleh!!! auuuuuuuuummmmmmmmmm!!

    BalasPadam
  10. akak dah tak sabar tunggu ni...lambat betul malam..

    BalasPadam
  11. fuhh best2..now dah 1-1 sama dah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...