ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 17 November 2011

Abang imam kelakar

TANAH MERAH: “Saya bahagia. Walaupun hanya mengenali suami ketika diijabkabulkan Jumaat lalu, dia kelakar dan mudah bertolak ansur,” akui Noor Mahayu Shamsuddin, 26, yang bertemu jodoh dengan warga emas berusia 64 tahun.Menurutnya, dia tidak mengenali Mat Ibrahim, imam Masjid Mukim Bechah Laut di sini, sebelum ini kerana semuanya diuruskan keluarga.

“Semuanya keluarga yang aturkan dan saya hanya tahu bakal suami imam. Hanya dalam tempoh tiga minggu dirisik, saya selamat diijabkabulkan,” katanya.Menurut Noor Mahayu, keputusannya berkahwin dengan lelaki 38 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan sesiapa.

“Nasihat ayah yang paling utama. Saya buat keputusan tepat (berkahwin dengan Mat) memandangkan dia mempunyai latar belakang agama yang baik dan perkahwinan ini juga sangat istimewa bagi saya.

“Saya hanya melihat wajah suami ketika dinikahkan dan baru sedar saya pernah melihatnya di hospital ketika menjaga arwah ibu yang ketika itu sakit, dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui bersama suaminya di Kampung Baru, Bechah Laut, semalam.

Noor Mahayu berkata, dia juga mahukan anak ramai seperti diinginkan suaminya bagi menyambung zuriat mereka.Sebelum ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit saraf. Ibunya bagaimanapun meninggal dunia, dua bulan lalu.

Noor Mahayu turut berkorban menjaga bapanya yang cacat kaki akibat kencing manis.“Selain menjaga ayah, kini saya turut menjaga suami tercinta,” katanya ceria.

Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan, perkahwinan Noor Mahayu dan Mat yang diibaratkan perkahwinan selebriti apabila bernikah pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.Pasangan itu selamat dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11 di sini, dengan wang hantaran RM5,011.[sumber]

*Cuak aku..Kalau dah jodoh tak kemana..Tok imam apa lagi bagi la sikit ilmu tu...aku pun kelakar jugak..kih kih kih

19 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ohh lu pn mau ilmu jugak ye.. kih3

    itu la kan.. jodoh pertemuan di tangan tuhan.. kalau Allah dh tetapkan sebegitu maka itulah yg terjadi.. apa2 pn usaha tetap usaha.. :)

    BalasPadam
  2. Kalau dah jodoh, tak kemana juga...

    Jom tukar link bloglist, dah hari2 terjah, masuk dlm bloglist je lah..nak tak?

    BalasPadam
  3. aku pun kelakar ape...rullll kih kih kih..

    BalasPadam
  4. eh aku pun tak kurang kelakar gak.kelakar sungguh aku ni.kahkahkah :D

    BalasPadam
  5. usia bukan penghalang kan..heee~

    BalasPadam
  6. tok imam bukan tak nak kasi.. tapi masa umur 55 nnt baru leh guna.. wahahha

    BalasPadam
  7. tok imam nanyak duit nih...:p

    BalasPadam
  8. aku sure imam nie lagi kelakar dari jozan..hehehe..dan maybe kelakar berilmu...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. salam;
    yang penting bahagia.jodoh tak kira siapa.

    BalasPadam
  10. ak buat kelakar gak la lps ni.. hehe

    BalasPadam
  11. wah, demand nampak. nak juga tu. hahaha. pergilah timba ilmu dengan dia :p

    BalasPadam
  12. yang penting latarbelakang lelaki tu...agama yg penting...

    BalasPadam
  13. gembira la tok imam tu dpt isteri muda..

    BalasPadam
  14. huiyooo.. suko lah tok imam nie.. mudo layi bini nyooo

    BalasPadam
  15. perrghhh pak imam..kellazzzzz gitew

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...