ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 2 November 2011

Saiful Apek mengaku tidak bersalah

Pelakon komedi, Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki mengambil ganja di sebuah apartmen tahun lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Saiful Apek (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.
 
Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengambil dadah berbahaya iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 itu dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis, jika sabit kesalahan.[sumber]

*Cuak aku..Macam-macam hal..kih kih kih

6 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...