ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 3 November 2011

Wanita lahir anak perempuan didenda

Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion.

Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.

“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya. Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan. “Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak perempuan, layanan mereka terhadap saya terus berubah. Jika melahirkan bayi perempuan adalah kesalahan yang perlu dihukum, saya sepatutnya diberi anugerah kerana melahirkan dua anak lelaki sebelum ini,” katanya.

Menyedari kes itu agak sensitif, pihak pentadbiran segera memindahkan kes itu kepada Jabatan Pertelingkahan Keluarga yang berkhidmat dengan mengemukakan notis kepada suami dan akhirnya menyelesaikan masalah itu.[sumber]

*Cuak aku..Kes macam ni pun ada..Memang patut kena kaunseling mamat ni..Macam lah isteri dia yang tentukan jantina bayi tu..kih kih kih

Nak senyum pegi blog senyum-senyum

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. adei, pe kes la dia ni, takkan nak balik ke zaman jahiliah dulu. Name cam Islam, tapi cam tak paham suratan takdir..ish2

    BalasPadam
  2. kalu x nk ank jgn wat ank..kn sng?

    BalasPadam
  3. ade lagi sifat jahiliah di zman skarang ni ea..

    BalasPadam
  4. e truk btul pmikirannya..pa slah ank prempuan..lao ank pmpuan xlahir kompom xlma manusia pupus..e kolot tul

    BalasPadam
  5. ape kes nak saman2..xde ilmu ke laki tu..huhu

    BalasPadam
  6. *denda bukan smana..silap2..haha

    BalasPadam
  7. berat nanang suami dia..dah Allah s.w.t bagi perempuan,nak wat guana huhu..nama je islam tapi adehh cam jahil je

    BalasPadam
  8. Ade pulak lelaki yg mcm ni..mcm zaman jahiliah la pulak..tak bersyukur langsung..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...