ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 6 November 2011

Fakta Angka 7 bilion


Bilangan penduduk bumi mencecah angka tujuh bilion Isnin lalu, cuma 12 tahun selepas ia mencapai enam bilion. Peralihan angka satu bilion itu hakikatnya memberi cabaran yang besar untuk tahun-tahun akan datang.Bagaimanapun, sesetengah orang bertanya sebesar mana angka tujuh bilion itu?

Individu seperti genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, mungkin menyukai permainan angka itu. Sekali pandang, ia tidak jauh berbeza daripada enam bilion.Kalau ditulis dalam nombor, ada sembilan nombor sifar dalam 6,000,000,000, sama seperti sembilan nombor itu dalam 7,000,000,000.

Tetapi jika anda mengira semua nombor yang ada di antara enam bilion dan tujuh bilion, ia akan mengambil masa selama 30 tahun untuk diselesaikan. Ya, tiga dekad.


Pada awal tahun ini, cuma ada 140 orang di dunia yang mempunyai kekayaan bernilai kira-kira AS$7 bilion (RM21 bilion), menurut majalah Forbes.

Ada banyak cara untuk kita membayangkan angka tujuh bilion. Tujuh bilion saat yang lalu ialah tahun 1789. Di Amerika Syarikat, ia merupakan tahun George Washington menjadi Presiden pertama negara itu. 

Jika anda membuat tujuh bilion langkah di sepanjang garisan Khatulistiwa, iaitu kira-kira setengah meter bagi setiap langkah, anda boleh berjalan mengelilingi bumi sebanyak 106 kali.

Katakanlah purata ketinggian manusia ialah 1.6 meter. Jika anda menyusun mereka secara menegak, ia akan mencecah kira-kira 1 per 14 jarak matahari atau 27 kali jarak di antara bumi dengan bulan, kata Volpert.

Makanan Tujuh bilion semut, purata tiga miligram seekor pula boleh menjadi seberat 23,000 kilogram.

Pakar-pakar di National Geographic berkata, tujuh bilion manusia muat untuk bandar Los Angeles di AS yang seluas 800 kilometer persegi – jika kita berdiri dari bahu ke bahu. Mujurlah bumi mempunyai keluasan 149 juta kilometer persegi.[sumber]

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. salam;
    tak dapat nak bayangkan angka 7b ni kalau manusia dikumpulkan di saru tempat.

    BalasPadam
  2. dashyat mak aih. :p

    p/s : salam aidiladha :)

    BalasPadam
  3. 7 bilion yang hidup. macam mana keadaan kat padang Mahsyar nanti bila semua manusia dikumpulkan :O

    BalasPadam
  4. tu baru yg hidup...kalau campur yang dalam tanah...tak tahu nak letak berapa kosong dah....

    BalasPadam
  5. fakta yang menarik untuk di kaji..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...