ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 25 Oktober 2011

Boikot Final Piala Malaysia 2011

DEKLARASI PIALA MALAYSIA 2011

Salam 1 Malaysia, 
 
Satu ketetapan telah disepakati oleh kami Kelab E-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan (N9FUTBOL.COM) sebagai peneraju kelab penyokong bolasepak di Negeri Sembilan bahawa kami akan melancarkan kempen :

“ SOKONGAN PADU TIDAK BERBELAH BAHAGI DARI LUAR STADIUM KEPADA SKUAD HOBIN JANG HOBIN ”

Ketetapan ini terpaksa diambil oleh kami kerana komitmen kami yang tinggi dalam menyokong pasukan kesayangan kami yang akan bermain pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 pada 29 Oktober 2011 ini seolah-olah telah diragut dengan ketetapan pihak FAM sebagai badan induk bolasepak negara yang telah menetapkan tiket untuk menyaksikan perlawanan ini dengan harga yang sangat membebankan.

Oleh itu kempen ini akan mengesyorkan kepada seluruh peminat bolasepak Negeri Sembilan agar tidak membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini. Namun begitu sokongan kami terhadap pasukan kesayangan kami tidak akan luntur sama sekali dan kami akan tetap menyokong dan mendoakan kemenangan pasukan Negeri Sembilan di pentas final kelak. Alternatif daripada itu kami akan kerahkan tenaga untuk menyokong pasukan kami dari luar stadium dengan apa cara sekalipun demi menaikkan semangat pasukan Hobin Jang Hobin.

Deklarasi ini juga telah disepakati bersama oleh Komuniti Maya Penyokong Bolasepak Terengganu (Ganusoccer.Net) bagi pihak penyokong pasukan bolasepak Terengganu yang turut akan beraksi pada perlawanan akhir tersebut. 
 
 Sekian,terima kasih.

“MUSUHNYA HABIS BINASA”
“HOBIN JANG HOBIN”

Sumber dari: Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan


Final Piala Malaysia 2011: NEGERI SEMBILAN+TERENGGANU vs FAM, 29/10/2011, 20.45 malam, perkarangan Stadium Shah Alam, MASUK ADALAH PERCUMA.

*Cuak aku..Diaorang semua nak lepak luar stadium final ni ramai2..boikot jangan tak boikot..aku sokong dari jauh.kih kih kih..

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. sampai macam tu sekali..sedihnya nogori! InsyaAllah nismilan pasti juara! tengok kat tb je lah. huhuhu

    BalasPadam
  2. suka hati dia orang lah, akak tak masuk campur, akak tengok kat rumah je lagi selesa, siap bawa bekal lagi depan tv hahahhaha,....

    Terengganu menang

    BalasPadam
  3. patut la bolasepak malaysia makin hampeh dan merudum pasal ada manusia yang jenis TAMAK dan FIKIRKAN DUIT KEUNTUNGAN semata-mata masih berada dalam FAM...dan mempunyai agenda tersendiri patut singkirkan saja barulah MUTU BOLASEPAK akan meningkat..alasan naik harga tiket terlalu KELAKAR jangan dok tipu rakyat MALAYSIA yang semakin cerdik pandai..kepimpinan FAM patut ditukar jangan harap GLAMOR sahaja...cuba terapkan KEPIMPINAN PM sekarang ini..RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....mane KPI FAM yang bolih dibanggakan...PM bantu kami

    BalasPadam
  4. Insyaallah pasukan nogori monang nanti. Hobin jang hobin!! :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...