Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!
Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.
Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.
Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.
Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.
Kebolehan akademik keseluruhan pelajar juga diambil kira, bagi memastikan keputusan penyelidikan tidak terlalu berbeza disebabkan kebarangkalian pelajar pintar terasa dahaga.
Mereka yang minum air didapati mencatatkan pencapaian lima peratus lebih baik secara keseluruhan, namun peningkatan lebih ketara didapati di kalangan pelajar baru yang mengamalkan minum air ketika menduduki peperiksaan iaitu sebanyak 10 peratus.
Penyelidik Chris Pawson dari Universiti East London berkata, keputusan itu menunjukkan tindakan kecil seperti minum air ketika menduduki peperiksaan boleh dikaitkan dengan peningkatan gred pelajar.
Sebelum ini, penyelidik mendapati kanak-kanak berumur antara tujuh dan sembilan tahun yang minum air mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam ujian tumpuan visual dan ingatan.[sumber]
*Cuak aku..tapi kena la belajar betul2 jugak..kalau malas belajar minum la bergelen2 air pun tetap tak dapat jawab..kih kih kih
berkunjung dan ditunggu kunjungan baliknya
BalasPadamnak beli kat mane air nih/?? hehe
BalasPadamkalau dh mls tu..bodoh tetap muncul..hahhaa
BalasPadamsebab tu kalau perasan..anak2 cina akan bawa air kalau masuk kelas..selain bagus utk otak..dgn meminum air juga..dpt mengurangkan rasa mengantuk dlm kelas..lebih2 lagi kalau klas kul 8 pagi T_____T
BalasPadamMesti ada gabungan berikut utk berjaya:
BalasPadamDoa.. Usaha... Ikhtiar... Tawakal...
menambahkan oksigen dan mungkin lebih bertenaga untuk otak lebih banyak berfikir..ye lah nak generate sesuatu kene byk guna otak..^__^
BalasPadamp/s:correct me if wrong >.< lama dah tinggalkan science ni
TQ...informasi yg menarik..;)
BalasPadamkalu sy wat x lulus siap ko!
BalasPadam