Seorang lelaki berusia 38, tahun menjatuhkan hukuman bunuh paling mengerikan ke atas rakannya malam Selasa lalu dengan memotong alat sulit mangsa selepas saudara perempuannya mengadu dirogol lelaki berkenaan.
Dia menyerah diri kepada polis Pant Nagar di Ghatkopar. Polis terkejut apabila lelaki berkenaan datang ke balai dengan memegang alat pemotong.
Memperkenalkan dirinya sebagai Kannan Muttu Kumar Swami Pillai, dia kemudian mengaku membunuh rakannya, Govindan, 35.
Pillai mendakwa Govinda merogol saudara perempuannya, dan dia membunuhnya bagi membalas dendam.
Pillai kemudian diiringi polis ke tempat dia membuang mayat Govindan selepas mengelar leher dan memotong alat sulit mangsa. Pillai mendakwa dia memberikan tempat tinggal dan kerja kepada Govindan.
“Dia memberikan tempat tinggal kepada Govindan, apabila mangsa berpindah ke Mumbai lima tahun lalu. Pillai juga memberikan peluang kerja kepada Govindan dalam perniagaan makanan ikan yang diusahakannya.
“Namun Isnin lalu dia mengetahui Govindan selalu bercakap dengan saudara perempuannya dan merogol wanita itu,” kata pegawai polis Panta Nagar.

Pillai memutuskan untuk memberikan pengajaran kepada Govindan dan membawa mangsa keluar bersuka ria pada malam Selasa lalu.[sumber]
*Cuak aku..
hohhh berani kemain potong memotong,bunuh membunuh
BalasPadamYap!..berani tindakan pemuda tersebut.
BalasPadamdi dunia dia dah buat hukum sendiri ! geram sggh tu..
BalasPadamHarapkan pagar makan padi...hemmm
BalasPadamKes ini mengingat kisah Lorena Bobbitt memotong kemaluan suaminya 15 tahun yang lalu.
BalasPadamperrgghhh...berani gila..tahap xder perasaan nih..
BalasPadam