ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 28 April 2012

The Avengers memang mantap

Filem arahan Joss Whedon yang menggabungkan ‘superhero’ Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Black Widow dan Hawkeye tidak mengecewakan. Tidak cuba menyerlahkan mana-mana watak, sebaliknya setiap karakter diadun seimbang. Malah, naratif penceritaan juga disusun baik.

Whedon juga bijak meletakkan beberapa dialog lucu dan jenaka sinis antara setiap karakter yang tentunya beri kelainan kepada filem berbentuk adiwira. 

Apatah lagi, melihat perbalahan antara adiwira ini yang ternyata ke semuanya hebat. Jika sebelum ini, anda membayangkan bagaimana jika adiwira bergaduh sesama adiwira, anda patut menonton filem ini.

Babak paling lucu dapat dilihat adalah ketika Thor dan Hulk sama-sama bergabung tumpaskan raksasa. Bayangkan, apabila berjaya, Hulk menumbuk Thor sebagai membalas dendam di atas pergaduhan mereka sebelum itu.

Jika anda peminat Captain America, Steve Rogers, kali ini, Steve yang terperangkap dalam bongkah ais semasa perang dunia kedua, perlu membiasakan diri dengan kehidupan zaman kini dengan teknologi canggih. 

Steve juga banyak berseteru dengan Tony Stark yang sememangnya terkenal dengan egonya namun akhirnya bekerjasama menentang kuasa jahat. Sementara itu, watak Thor banyak memaparkan tentang harapannya agar abangnya, Loki, yang juga watak antagonis bersatu untuk sama-sama memerintah negara mereka, Asgrad. Tidak ketinggalan, dua watak hebat, Hawkeye dan Black Widow.

Tidak menumpukan komedi semata-mata, memantapkan lagi filem ini adalah babak aksi dan imej janaan komputer (CGI). Babak kemuncak tentunya apabila semua adiwira bertekak menegakkan perjuangan masing-masing dan sikap egois yang ada dalam diri mereka. Apatah lagi ketika itu, pihak musuh sudah tiba di lokasi mereka menyebabkan kekecohan berlaku.

Mampukah barisan adiwira ini menumpaskan Loki yang mahu menakluki dunia?[sumber]

*Cuak aku..memang mantap filem ni..tak rugi aku menonton filem ni..kih kih kih..

1 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...