ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 24 April 2012

Meteor meletup di bumi

Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.[sumber]

*Cuak aku..sapa2 nak jadi superhero boleh pegi ambik meteor tu..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. pasni ramai clark kent & lex luthor muncul kt area tu, huh...

    BalasPadam
  2. Kasi hancur itu calipornia...hehehe mesti gigil giler derang nih

    BalasPadam
  3. takotnye... bumi ni kecik je. subhanallah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...