ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 5 April 2012

Jadi 'jembalang' akibat cinta

Mangsa serangan asid, Patricia Lefranc, menganggap insiden malang yang berlaku ke atas dirinya menjadikan dia “jembalang” walaupun sebelum ini pernah memiliki paras menarik.

Ibu kepada tiga anak itu disimbah asid sulfurik oleh kekasihnya, Richard Remes, pada 22 Mac 2009.Semalam, dia menceritakan pengalamannya secara terbuka untuk kali pertama.


Menurut Patricia, serangan itu meninggalkan kesan abadi pada fizikal dan emosinya.Akibat simbahan berkali-kali itu, hidung dan kelopak mata Patricia cair dan dia turut kehilangan jari.

Satu daripada mata dan telinga Patricia pula hilang keupayaan untuk berfungsi selama-lamanya.Ketika asid sulfurik itu memusnahkan tubuh Patricia, 48, perlahan-lahan, dia berada di ambang maut kerana cecair itu hampir membakar jantung dan paru-parunya.

Namun, Patricia bernasib baik kerana implan payudaranya menghalang kerosakan organ penting itu berlaku.Selepas melalui 86 pembedahan dan 30 lagi pemindahan kulit, Patricia terus mengalami kesakitan berpanjangan.

“Azam mahu melihat anak-anak gembira menguatkan semangat saya,” katanya.Bercakap mengenai pengalamannya kepada majalah Closer, Patricia berkata, Remes bertanggungjawab menukar dirinya menjadi “jembalang.” Pada ketika tertentu, katanya, dia hanya mampu menangis.

“Orang ramai merenung dan mempersendakan penampilan begini. Ia bagaikan hukuman seumur hidup untuk saya,” katanya.[sumber]

*Cuak aku...kesian...

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Kesian kat dia...pastinya banyak perkara yg perlu dibuat utk dia meneruskan kehidupan...ternyata kehidupan adlah satu perjuangan.

    Lelaki Kacak

    BalasPadam
  2. bahaya jugak bahana cinta ni.. ish3..

    BalasPadam
  3. kejam sungguh kekasih dia..tapi tiap perbuatan pasti ada balasannya

    BalasPadam
  4. Itulah, where thare's a will there's a way! Great fight by her.

    BalasPadam
  5. semua kerana cinta..kerana cinta manusia hilang pertimbangan..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  6. em kesiannya, cacat seumur hidup.. adehh..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...