ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 3 April 2012

Ibu, anak kantoi hisap dadah

Seorang ibu bersama anak perempuannya, antara enam suspek yang ditahan ketika leka melepaskan gian di sebuah kebun getah di Felda Palong 15, dekat sini.

Dua beranak itu yang berusia 50 dan 31 tahun ditahan semasa serbuan oleh anggota polis, dalam kejadian pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika diserbu, semua suspek berada dalam sebuah pondok dan lari lintang-pukang apabila menyedari kehadiran anggota polis.

“Salah seorang suspek bertindak mencampakkan sebuah kotak rokok berisi tiga paket plastik lut sinar bersama satu tiup straw, dipercayai mengandung dadah jenis heroin seberat 11.75 gram.

“Bagaimanapun, mereka berjaya ditahan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Mohd Sabri berkata, hasil pemeriksaan ke atas seorang suspek juga menemui satu paket plastik dipercayai dadah jenis sama seberat 2.83 gram yang disorokkan dalam seluar.

“Pasangan anak-beranak bersama dua lagi rakan lelakinya itu juga didapati positif dadah,” katanya.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Sabri berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Barat, di sini, pada 26 Mac lalu kerana memiliki dadah.

“Suspek panik dan cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan antaranya dengan anggota polis.“Hasil pemeriksaan, polis menemui 16 paket plastik dipercayai dadah jenis heroin seberat 27.5 gram, dalam sebuah beg hitam dan dimasukkan dalam bakul motosikal,” katanya.

Mohd Sabri berkata, motosikal jenis Yahama LC digunakan suspek juga dikesan sebagai motosikal curi yang dilaporkan hilang Februari lalu.[sumber]

*Cuak aku..mana tumpahnya kuah kalau tidak di nasi..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. salam;
    Bukan salah ibu mengandung ke?.

    BalasPadam
  2. alahai mcm2 la dunia skrg.Moga kite dijauhkan dari sume nih.

    BalasPadam
  3. dah macam pakej pulak kan..banyak lagi kerja lain yang boleh menjana pendapatan..akibat nak amek jalan mudah sangat kan dah kene cekup.

    BalasPadam
  4. err....ibu anak..ibu anak... =.=''

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...