Pengacara program televisyen TV3 Melodi, Khaidhirah Abu Zahar, 28, atau lebih dikenali sebagai Dira menafikan dia merupakan personaliti yang dikaitkan dengan kes memijak muka seorang wanita di sebuah pusat hiburan semalam.
Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.
"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.
"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi.[sumber]
lawa jugak dira nie lama2 tengok..hihi
BalasPadamorg gile kot yg buat mcm tu
BalasPadamBetul ke ni..
BalasPadamape kes lak pijak memijak ni.bawak bincang elok elok kan bagus..
BalasPadamerr...pijak? errr....ye ke...?
BalasPadam