Bekas anggota Spice Girl, Victoria Beckham, mencetuskan kontroversi semalam, selepas dia memuat naik gambarnya duduk di kerusi dikhaskan untuk kakitangan kabin syarikat penerbangan Cathay Pacific.
Mengiringi gambar itu ialah catatan gurauan Victoria: “Kru kabin bersedia untuk mendarat! Selamat datang ke Beijing!!” Dalam gambar itu, Victoria memakai cermin mata gelap kelihatan seolah-olah membuat pengumuman kepada penumpang pesawat berkenaan, manakala seorang pramugari membuat memek muka lucu di sebelahnya.
Insiden berlaku dalam penerbangan dari Hong Kong ke Beijing, Jurucakap Cathay Pacific berkata, tindakan itu tidak berbahaya tetapi “tidak wajar.”
“Gambar itu diambil bukan dalam situasi kritikal, seperti waktu berlepas atau mendarat,” katanya. Jurucakap itu berkata, Victoria hanya berlakon dan tiada sebarang pengumuman dibuat kepada penumpang.
“Gambar itu diambil bukan dalam situasi kritikal, seperti waktu berlepas atau mendarat,” katanya. Jurucakap itu berkata, Victoria hanya berlakon dan tiada sebarang pengumuman dibuat kepada penumpang.
“Ia tidak wajar apabila tempat duduk itu hanya dikhaskan untuk kru kabin dan penumpang tidak dibenarkan menyentuh mana-mana peralatan penerbangan,” katanya.Victoria mengunjungi Beijing untuk melancarkan sebuah model kereta baru hujung minggu ini.
Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan Victoria dikecam di Internet kerana meletakkan penerbangan itu ke dalam risiko.[sumber]
salam;
BalasPadammungkin dia pernah bercita2 nak jadi paramugari sebelum jadi penyanyi
memacam la victoria nih
BalasPadamApasal smua nk mara pulak? Even cabin crew pun tak reti nk tegur dia. Klu apa2 hal jdi, bkn prempuan ni je yg kena, cabin crew pun kna.
BalasPadamdia pk dia selebriti terkenal so sesuka dia nak buat ape...kot2 pramugari tu peminat dia kot hehe..tuh dia bg je pompuan tu guna
BalasPadam-follow u-
nampak buruk muka pramugari tu . heheee :p
BalasPadambila dah selebriti..ap yg dibuat..kena jaga
BalasPadamhari ni baca metro, dia ada masa pelancaran range rover baru. cam x caya lak dia yg reka. ada kes lain sebelum tu rupanya...
BalasPadamsalah staf ler tak halang.. bukan salah dia kot
BalasPadam