ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 30 April 2012

SteamRail ganti seterika

Kajian menunjukkan setiap keluarga menghabiskan purata 160 jam setahun untuk menggosok pakaian.

Kini, kerja rumah itu akan menjadi lebih mudah selepas sebuah syarikat di Britain mencipta SteamRail sebagai pengganti seterika yang boleh menghilangkan kedutan 35 pakaian dalam masa sembilan minit.
Alat mudah alih ini akan menjimatkan masa pengguna yang sebelum ini
terpaksa mengambil masa lama untuk menggosok pakaian.
Jurucakap Displaysense, Jim Moody berkata, produk mudah alih itu adalah yang pertama dicipta dan ia juga boleh dilipat selepas digunakan.

“Kami mengambil masa lama untuk membangunkan kajian ini supaya ia mampu berfungsi dengan cekap untuk meringankan kerja harian pengguna. Pengguna kini mempunyai lebih masa lapang untuk diri sendiri,” jelasnya lagi.

SteamRail yang setanding dengan sistem seterika stim berteknologi akan berada di pasaran dengan harga 234 pound (RM1,157).[sumber]

*Cuak aku..amacam manarik tak? lepas ni tak payah susah2 nak seterika baju..kih kih kih

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tak tahu la berapa mahal benda ni kan?

    BalasPadam
  2. tak nak guna,, mendatangkan kegemukan nanti,, hehe

    BalasPadam
  3. seronoknyee kalau ade mende ni kat rumah...

    BalasPadam
  4. mmg menarik idea nih...tpi lps tengok harga, pilih seterika je la :)

    BalasPadam
  5. bgs nih.. senang SOp x yah nak iron2 baju :)

    BalasPadam
  6. kalau ada ni mesti mahal kan...hee~

    BalasPadam
  7. smkin menarik produk2 mudah alih skrg ni ^^

    BalasPadam
  8. mane nak beli ni..incek arul tolong belikan ye..sonanglah kojo den nanti..hehe

    BalasPadam
  9. kalau mahal tp berbaloi ok je rasanya utk dapatkan . masa pun lebih jimat

    BalasPadam
  10. teruja nk belikan mak sempena hari ibu,..utk isteri tak perlu rasanya...kita suami yg kena bantu dgn kudrat yg ada nih.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...