Beratus-ratus penduduk dikhuatiri telah memakan daging paha dan pinggul mangsa pembunuhan selepas daging mereka dijadikan inti pai.
Penjaja, Isabel da Silbeira menjualnya setiap hari kepada penduduk tempatan di sekitar bandar ini.
Polis percaya, makanan itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai empanada, mengandungi bahagian tubuh sekurang-kurangnya dua wanita yang dibunuhnya bersama-sama suaminya, Jorge, 50.
Kedua-duanya dibantu oleh wanita berusia 25 tahun, Bruna Cristina da Silva, juga kekasih Jorge.Laporan sebelum ini menyatakan, Jorge ialah pakar karate.
Sebahagian mayat Alexandra Falcao, 20, dan seorang lagi wanita berusia 31 tahun ditemui dalam peti sejuk sementara sebahagian lagi tertanam di belakang rumah pasangan itu di Garanhuns, timur laut Brazil.
Polis turut menemui kanak-kanak berusia lima tahun, dipercayai anak seorang gadis berumur 17 tahun yang dilapor hilang dari bandar berhampiran pada 2008.
Ketua Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga mereka merancang membunuh seorang pemuda sebagai mangsa ketiga mereka
“Apabila Isabel keluar, dia akan menjaja pai itu. Ia habis dalam sekelip mata. Ia amat popular,” kata Fernandes.
Pegawai polis itu juga berkata, ketiga-tiga suspek turut memakan mayat mangsa kerana yakin ia boleh membersihkan jiwa mereka. “Dengan membolehkan orang lain memakan daging itu juga, mereka menganggap ia akan membantu mereka menjadi suci juga,” kata Fernandes.[sumber]
*Cuak aku..biar betik..banyak benda lain lagi..daging manusia jugak dia nak pakai..kih kih kih
nk muntah okey!
BalasPadampergh..dengaq pun cuak dah bro..huhuh..mintak simpang la makanan2 lagu ni...
BalasPadamhuhuhu...oh!tidak...;(
BalasPadamerk...biar betul ni...huhu~
BalasPadamyerkkk!!! ce bayangkan kalau kita yang makan, dah habis makan baru tahu tu inti daging manusia.. =,=' nak muntah pulak..
BalasPadameeee trok nyew dorang nih la
BalasPadameeiii..gelinya...karipap inti mayat..uweekkkk
BalasPadamperhhhhhhhh bace jer pon rase cam nk muntahh adessss !
BalasPadamoh tidak.. gerun kalo tau ni!!
BalasPadammuntah !!!!
BalasPadam~eerrr..tak sanggup..:(
BalasPadamEeeee.. Cuak gila nk makan pai. Jap, pernah makan ke? Wakaka!
BalasPadamgila pompuan nih...wekkk...
BalasPadam