Pada 1 April lalu, Noor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza, telah melangsungkan pernikahan bersama kekasih yang dikenali hampir dua tahun lalu, Azlan Zulaily yang juga seorang pramugara syarikat penerbangan tempatan.
Masih terang warna inai di jari, namun sudah ada kata-kata kurang enak tentang cara pemakaian selendang Azza pada majlis pernikahannya yang berlangsung dalam Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor itu.
Kemanisan mengecapi bahtera perkahwinan tercalar sedikit ekoran tuduhan terhadap diri Azza yang ditohmah sebagai seorang yang jahil tentang ilmu agama kerana tidak menutup aurat ketika berada di dalam pekarangan masjid untuk majlis akad nikahnya itu.
Sebagai seorang Islam, sememangnya agak keras tuduhan jahil tentang hukum agama yang dilemparkan terhadap bekas anggota kumpulan Elite itu.
Azza yang dihubungi kelmarin berkata: "Azza faham ia menyentuh sensiviti masyarakat, jadi Azza ingin meminta maaf secara terbuka jika selendang yang Azza pakai itu menjadi isu. Azza akui sangat sedih dan tidak tahu mahu berkata apa.
"Tapi tidak mengapa kerana dalam dunia ini tidak semua orang suka kita. Saya terima dengan sabar. Biarlah mereka mahu berkata, kerana apa yang penting kejadian ini akan membuatkan Azza lebih berhati-hati pada masa akan datang."
Namun begitu, Azza bersyukur kerana ada peminat dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong karier dan dirinya walau apa pun yang terjadi.[sumber]
*Cuak aku..bab agama jangan main2..
*Cuak aku..bab agama jangan main2..
kalau degil skalipun taknak ttp aurat kat luar, dlm masjid hormat la sikit...rumah Allah tu kan...ni bukan jahil..tp pura2 jahil..mcm la tak tahu..
BalasPadamKalau dah artis tu artis jugak la...bukan la lama akad nikah tu..kalau tau xmo pki tudung betul..nikah je kat rumah...tapi xpe la..dia dah minta maaf...siapa kita nak judge dia lelebih kan???Azza..mintak la ampun pada Allah.. :)
BalasPadamkan dah pernah nikah sebelum ni..so?? takkan tak tau
BalasPadam