ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 April 2012

Negara paling gembira di dunia

Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Status Malaysia yang mana penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam 'Laporan Kebahagiaan Sedunia' yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York baru-baru ini.

Laporan tersebut, yang dikumpul bagi Persidangan PBB Mengenai Kebahagiaan di New York Isnin lalu adalah berdasarkan maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.

Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

Bagaimanapun, Malaysia menduduki ranking kedua di Asia Tenggara di belakang Singapura yang muncul sebagai negara paling gembira di rantau itu. Mengikut senarai dunia itu, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.
Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan.

"Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan," menurut laporan itu.

Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil merupakan faktor penting, kata laporan itu.

Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106.Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. [sumber]

*Cuak aku..kalau korang rasa tak gembira pegi duduk kat togo sana..situ memang negara peling tak gembira....kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kehkeh..tetiber pi togo kita pulak jadi orang paling bahagia kat situ.. :P

    BalasPadam
  2. wah..nice info..thanx for sharing..jom dtg blog sy.hehee

    BalasPadam
  3. wah..nice info..thanx for sharing..jom dtg blog sy.hehee

    BalasPadam
  4. ada jugak ek pengiktirafan macam ni..tahniah untuk malaysia ada dalam list..bertuah hidup dalam negara malaysia ni.

    BalasPadam
  5. hehe haha huhu

    gembira dgn info ini :D

    BalasPadam
  6. info yg baik nih....hehehe...mesti gembira la kannn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...