Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam.
Kira-kira 100 penduduk bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya berumur 23 tahun.
Sebelas orang yang didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu.
Polis Syariah Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘wabak sosial.’[sumber]
*Cuak aku.. ada sesetengah orang bersorak kerana menjalankan hukum islam..ada sesetengah negara pula bersorak mengatakan hukum islam ini zalim..
*Cuak aku.. ada sesetengah orang bersorak kerana menjalankan hukum islam..ada sesetengah negara pula bersorak mengatakan hukum islam ini zalim..
Hukum Allah itu yang terbaik..pada dasarnya di zaman serba moden ini nampak macam kejam ...tapi ia mendidik masyarakat sebenarnya...
BalasPadammmg patut disebat..
BalasPadamIslam..is the way of life...
BalasPadamDunia di penghujung. Moga kita sempat bertaubat.
BalasPadamklau kt m'sia wt mcm ni...jenguh nk sebat sorg2...rmai sgt..huhuh..
BalasPadam