ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 13 April 2012

Remaja ‘patung’ popular di internet

Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.

Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.

Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu.

Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan.

Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook.

Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali.[sumber]
 
*Cuak aku..memang sejibik macam anak patung.. sapa2 nak jadi anak patung bleh la cari youtube budak ni..kih kih kih

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. syg nyer sy x seputih dia almaklum la ank cap belacan kn

    BalasPadam
  2. mereka dah femes sbb comel sangat. tapi, mmg ohsem sangat!

    BalasPadam
  3. tak faham betul dengan orang yang taksub nak jadi macam anak patung -,-

    BalasPadam
  4. Memang anak patung kot,..cuma kita tak tahu nak nilai agaknya..

    BalasPadam
  5. ramai yg nak jadi cam patung skrg sbb popular.. hehehe

    BalasPadam
  6. seriously cute..kulit cantik putih gebu bolehlah kan..kalau sebaliknya,jadi macam tepung gomak lah..boleh buat opera gitu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...