ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 25 April 2012

Harga rokok naik RM250 sebungkus?

Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok.

Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.

Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya.

Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan.

Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: “Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok.

“Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian.”[sumber]
 
*Cuak aku..kalau rm250 memang kena berhenti merokok..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. rm250= sebulan sekurang2nye hisap 5 kotak..
    jumlah=rm1250.00 separuh gaji untuk rokok kakaka..

    BalasPadam
  2. salam;
    tak berkesan..sbbnya org mampu masih merokok dan makin banyak rokok seludup dijual di pasar gelap.

    BalasPadam
  3. hahaha...gila mahal...ni lagi penyebab inflasi nih...inflasi minda perokok./.

    BalasPadam
  4. ahaha mmg patut buat gini kat malaysia..aman sikit udara..hehhe

    BalasPadam
  5. sah2 x mampu nak beli kalau kat malaysia buat camni

    BalasPadam
  6. haha..mmg best...RM250 sekotak..nak makan apa kan kalau duit habis kat rokok..haha~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...