ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 19 April 2012

Spesies baru seperti udang ditemui

Beberapa saintis menemui spesies baharu haiwan seperti udang yang buta, kecil dan hampir lutsinar di sebuah gua di negeri New Mexico.
Spesies baharu menyerupai udang yang ditemui di dalam kolam sebuah gua di negeri New Mexico, AS pada bulan lalu
Penemuan spesies berkenaan diumumkan oleh oleh Biro Pengurusan Tanah AS kelmarin.Haiwan tersebut yang tergolong dalam kategori amphipod ditemui sekitar sebulan lalu di dalam sebuah kolam bawah tanah pada kedalaman kurang 24 meter daripada permukaan. 

Lokasi penemuan tersebut terletak berhampiran Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico."Ia mungkin hidup puluhan ribu tahun atau jutaan tahun dan hanya ditemui baru-baru ini," kata seorang pakar biro berkenaan tersebut, Jim Goodbar.

Menurutnya, spesies baharu itu yang masih belum diberi nama mungkin memakan bakteria, mineral atau cebisan tumbuhan yang jatuh di dalam air.[sumber]

*Cuak aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...