ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 15 April 2012

Video Pemain Itali mati di padang

Pemain tengah kelab Livorno, Itali, Piermario Morosini meninggal dunia di hospital selepas rebah di padang, dipercayai akibat serangan jantung, ketika perlawanan Serie B di Pescara, hari ini - insiden kedua melibatkan pemain bola sepak.

Bekas pemain Itali bawah 21 tahun ini, rebah ketika perlawanan Serie B masuk minit yang ke-31.Lega Serie B dalam satu kenyataan media, yang disiarkan menerusi laman web berkata, "tragedi di padang.

Selepas serangan jantung ketika pertemuan Pescara dan Livorno, Piermario Morosini meninggal dunia."Morosini, 25, dibawa ke hospital Santo Spirito dan diisytihar meninggal dunia.

Ekoran kejadian ini, yang mengejutkan banyak pihak di Itali termasuk ada peminat dan rakannya menitiskan air mata, perlawanan ditangguhkan.

Bulan lalu, pemain Bolton, Fabrice Muamba, 24, dilaporkan bahawa secara teknikal telah meninggal dunia selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA Inggeris, juga akibat serangan jantung.[sumber]


3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. mati tak mengenal usia dan lokasi..sudah sampai ajalnya..serie A dan B postponed akibat kematian beliau

    BalasPadam
  2. Kalau bab heart attack, mmg xleh wat pape..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...