Pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba pengsan ketika perlawanan membabitkan pasukan Tottenham awal pagi tadi (waktu Malaysia), insiden yang mengejutkan banyak pihak khususnya para peminatnya.
Pegawai-pegawai perubatan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk memulihkan keadaan pemain berusia 23 tahun itu di padang selepas dia pengsan ketika tiada pemain di sebelahnya semasa kejadian.
Laporan Radio 5 BBC menyebut keadaan Muamba, bekas pemain England bawah 21 tahun, bertarung untuk nyawa.
Ketika kejadian, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan perlawanan yang berlangsung di White Hart Lane ditangguhkan.[sumber]