Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.
Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.
Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha itu gagal.
Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.
Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.“Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan rakan mereka,” katanya.[sumber]
*Cuak aku..guru pendidikan jasmani perlu peka dengan sukan yang sesuai untuk kanak2..
sian dia..
BalasPadamlagi 5 tahun dorang announce bola pembunuh no 1 di dunia..hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
memang kena hati2 ketika bermain di padang. Pernah terjadi di sekolah, 2 org pelajar yg sedang bermain bola keranjang berlanggar semasa kejar bola. Yg cemasnya salah seorg pakai cermin mata, kaca cermin mata termasuk mata!Cepat2 bawa ke hospital dgn ambulan. Nasib baik sekolah tletak dkt dgn hospital...
BalasPadameRMM..kita tak tau bila AJAL kita
BalasPadambudak sekolah aku pun pernah mati sbb main ragbi, rangka paru2 dia patah sbb berlanggar kuat sangat
BalasPadameh x pernah suka sukan ragbi..ganas!
BalasPadammenakutkan je..kalau ade orang main rugbi ni kene dok jauh jauh lah jawabnya..
BalasPadambola ragbi keras kot...tak dpt bayangkan kalau kena kat diri sendiri...
BalasPadam