ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 26 Mac 2012

Fatihah dakwa dirogol

Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi Pekan.

Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Yahaya Othman berkata, pihaknya dimaklumkan Fatihah hadir membuat laporan polis beberapa hari lalu mengenai dakwaan dirogol teman lelakinya berusia 26 tahun.

Menurutnya, kes itu bersabit di IPD daerah ini apabila Fatihah ditemui di sebuah rumah di Nenasi, sebelum dibawa polis ke IPD Kuantan dan diletak bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan.

“Selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah menge­sahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Pekan.

Yahaya berkata, sesiapa sahaja didapati membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.[sumber]

*Cuak aku..minah ni sakit mental ni..kalau aku jadi mamat tu..aku dah saman dah..dua tuduhan yang memalukan tu..rogol dan culik.. tak kan nak diam je..

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Tu lah pasal! Entah apa-apa perempuan ni. Malukan diri sendiri. Apa yg dia fikir entah. Memang cuak :\

    BalasPadam
  2. adoi dik..napa ckp benda yg tak betul...

    http://misszberceloteh.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. adoiii...mental btl bdak nie..asal la bt tduhan palsu mcam tu...memalukan diri je kowt..

    BalasPadam
  4. lol of the year. nak tutup malu sampai cam tu skali..

    BalasPadam
  5. mula2 dengar kesian tp lama2 padan muka je ..

    BalasPadam
  6. mengharapkan dirogol ke hape budak nih ?? Cisss.. bedebah sungguh !

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...