ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 18 Mac 2012

Anak Rozita Che Wan sudah ditemui

Dengan tidak semena-mena, nama Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan menjadi 'trending topic' untuk pengguna di Malaysia menerusi laman Twitter, semalam.
Khabar yang masih belum disahkan benar ini mengatakan Aniq Ezra , 14, dilaporkan hilang dan dikatakan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang semalam.

Tambah menguatkan cerita, Rozita turut memesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segara.

Berita kehilangan Aniq Ezra telah menjadikan satu hashtag, #prayforAniqEzra popular.Namun, status terkini laporan daripada pengguna di Twitter mengatakan Aniq Ezra sudah ditemui dan berada di rumah rakannya.

Malah, Aniq Ezra juga telah menghantar satu twitter mengucapkan terima kasih atas hashtag # prayforAniqEzra.

Menurut perbincangan di laman Twitter, Aniq Ezra lari ke rumah rakannya kerana merajuk dengan emaknya.Bagaimanapun, dia dikatakan telah selamat pulang ke rumahnya.

Kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan kerana ia hanyalah melalui perbincangan di Twitter.Zass Sinar Harian cuba mendapatkan Rozita bagi mengesahkan hal itu, namun tidak dapat dihubungi.[sumber]

*Cuak aku..kalau dah musim durian..mana2 pergi ada je jual durian..kih kih kih

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. nasib baik la pulang dlm keadaan selamat..skrg ni kan macam2 boleh jadi...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...