ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 21 Mac 2012

Gadis hilang mengaku tak diculik

Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.[sumber

*Cuak aku..sapa2 dapat jumpa minah ni..bagi sekeh sekali sorang..buat risau orang tua je..bila dah jadi macam ni sapa malu..tak fikir pasal mak ayah..fikir dia punya ketenangan je..

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ini pengaruh lagu bawa ku pergi laa nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. umur belasan tahun mesti cari pakwe.. dah agak dah.. mase keluar kes gnie jek.. dh dpt agak bukan kena culik..

    umo belasan tahun kalau orang nak culik melainkan die anak datuk ke tan sri ke.. yg kaya gegler kan.. baru pcaye org nk culik.. slalu nyer kalau org nak culik.. memang 8 tahun ke bawah.. kalau jual pun berbaloi..

    BalasPadam
  3. eh..lah..lau tak bca ni, taktau aku.. kesian mak ayah dia..tapi kena siasat juga, apa yang membuatkan dia begitu tertekan, sampai membelakangkan keluarga..

    BalasPadam
  4. rs nk sepok je bdk ni smpi teleng

    BalasPadam
  5. sanggup membelakangkan keluarga kerana cinta jadi sebab semuanya terjadi...


    remaja sekarang agak membimbangkan...

    BalasPadam
  6. klu arul jmpe die..tlong cubit die skli utk sy..huhuhuh..*spoiled..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...