ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 7 Mac 2012

Dipecat kerana bedah hidung

Seorang ahli parlimen parti Islam paling konservatif di Mesir meletak jawatan di parlimen kerana menipu selepas menjalani pembedahan hidung, mendakwa kecederaan di wajahnya yang berbalut adalah akibat dipukul selepas keretanya dilarikan. 

Anwar al-Balkimy yang mewakili parti Al-Nour, manakala anggotanya dikenali sebagai Salafi yang terkenal tegas dalam mematuhi ajaran Islam yang melarang pembedahan kosmetik kerana ia mengubah ciptaan Allah.

Parti itu berkata kelmarin bahawa al-Balkimy sudah meletak jawatan dan Al-Nour dipaksa mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf yang memalukan parti itu.

“Berikutan insiden yang amat dikesali membabitkan ahli parlimen parti Al-Nour, Anwar al-Balkimy, ketua parti, Emad Abdel-Ghafour, pergi ke hospital dengan sepasukan anggota parti untuk menyoal beliau,” katanya.

Parti menambah bahawa ia mendapati dakwaan serangan ke atasnya tidak benar.Jurucakap Al-Nour, Nader Bakar dipetik dalam laman rasmi kumpulan itu di Facebook berkata al-Balkimy dipecat daripada parti.[sumber]

*Cuak aku..cakap tak serupa bikin.. kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...