ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 24 Mac 2012

'Pemburu sperma' rogol lelaki

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Menurut jurucakap polis, Wayne Bvudzijen, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.[sumber]

*Cuak aku..pasal nak kaya lelaki jadi mangsa..kih kih kih..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. alamaaakkk...errr...pliknye org2 ni...:)

    BalasPadam
  2. ingatkan lelaki suker di rogol..hehheh

    BalasPadam
  3. Uik, cuak aku...org mcm ni pun ada

    BalasPadam
  4. Lawak juga bila dengar perempuan rogol lelaki..hihi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...