ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 18 Mac 2012

Payudara peserta realiti tv meletup

Seorang peserta siri realiti televisyen Sweden terpaksa dikejarkan ke hospital apabila implan dalam buah dadanya meletup gara-gara aksinya bergusti dalam lumpur, lapor media semalam.

Lina Hellqvist (gambar) menyertai siri Djungelns Drottning (Ratu Hutan) yang mengisahkan kehidupan sekumpulan 10 peserta hidup dalam hutan tanpa bantuan sebarang teknologi.

Ketika kejadian, Lina, 24, sedang bergusti dengan beberapa peserta lain apabila dia berasa satu daripada buah dadanya berbunyi.

Sumber berkata, bimbang dengan keadaan itu, kakitangan produksi Djungelns Drottning menggunakan helikopter untuk memindahkan Lina ke hospital.Menurut Lina, dia tidak menyangka sama sekali implan pada buah dadanya boleh meletup tiba-tiba.

“Apabila ia meletup, peserta lain benar-benar bimbang dan saya pula berasa sangat tidak selesa,” katanya.Masih mendapatkan rawatan, Lina berkata, dia masih berasa ada yang tidak kena pada buah dadanya.

Lina - turut menganggap dirinya seorang bloger - kini menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan semula implan berkenaan.Djungelns Drottning adalah siri realiti yang mencabar kemampuan wanita hidup dalam serba kekurangan.

Ogos tahun lalu, seorang wanita Britain mengalami nasib sama apabila implan buah dadanya meletup terkena tembakan peluru paintball.[sumber]
 
*Cuak aku..tak pasal2 meletup..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...