ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 21 Mac 2012

Messi pemain bola paling kaya didunia

Seiring dengan gelarannya sebagai Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi meraih pendapatan setimpal statusnya.Bintang Barcelona itu dijangka meraih kira-kira 27.4 juta pound (RM133 juta) tahun ini yang merangkumi gaji, bonus dan tajaan.

Messi, 24, yang menikmati gaji tahunan sebanyak 13 juta pound (RM63 juta) di Barca, turut mendapat tajaan lumayan daripada jenama terkemuka dunia termasuk Adidas dan Pepsi. 

Penyerang Argentina itu hanya sedikit mengatasi David Beckham yang tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dompetnya menipis biarpun semakin dimamah usia dan tidak lagi beraksi di Eropah.

Imej bekas ketua pasukan England berusia 36 tahun ternyata masih mempunyai pengaruh besar di serata dunia dan dia dijangka meraih 26 juta pound (RM126 juta).Ini kerana baru-baru ini Beckham menandatangani perjanjian dengan Samsung sebagai duta global untuk Olimpik.

Berada pada tangga ketiga ialah bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang sememangnya berhak dibayar gaji mahal memandangkan dia telah meledak 98 jaringan dalam 90 perlawanan untuk gergasi La Liga itu.

Senarai pemain dan jurulatih terkaya dunia yang dihimpunkan oleh majalah France Football itu juga meletakkan Wayne Rooney pada tangga kelima, di belakang Samuel Eto'o yang kini bermain untuk kelab kaya raya Rusia, Anzhi Makhachkala.Rooney meraih 17 juta pound berbanding Eto'o 19.3 juta pound.

Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho menerajui senarai jurulatih terkaya dengan gaji tahunan yang dianggarkan 10.19 juta pound.Bos Paris St. Germain, Carlo Ancelotti pada tempat kedua (10 juta pound) dan Pep Guardiola (7.88 juta pound).[sumber]

*Cuak aku..

6 Pengkritik Yang Cuak:

  1. mmg patut pn dia dpt camtu....New Lagend ngn jaringan 200++ gol...fuhhh

    BalasPadam
  2. suka dgn messi ni... tp dlm masa yg sama dengki gak ngan dia nih... apsal la gaji dia bnyk sgt? uwaaaa nak tendang bola jugak!!!

    BalasPadam
  3. jgn pulak lepas ni ada yg jadikan dia benda sembahan mcm yg jadi kat Maradona, smpi ada yg anggap dia tuhan....giler pya keje..

    BalasPadam
  4. rezeki dia kerana bakat yang ada :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...