ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Mac 2012

Jual muka untuk bayar hutang

Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir 50,000 (RM250,000). 

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih 31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga 1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga 400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.

Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.[sumber]

*Cuak aku..elok la jual muka dari dari jual maruah diri..kih kih kih

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. org ttu tgk dia ensem ke x dulu sblm tgk iklan

    BalasPadam
  2. pulak dah.. kalau kt malaysia agak2 lagi laku kot... :p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...