ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 13 Mac 2012

Video seks Hulk Hogan tersebar

Ia seperti masa percubaan selepas dia berpisah de-ngan isterinya Linda Hogan pada 2007 dan Hulk Hogan mengakui sepenuhnya dalam tempoh empat bulan itu dia bagaikan menjadi ‘gila’.

Bekas ahli gusti berkenaan atau nama sebenarnya Terry Bollea meniduri terlalu ramai wanita hingga dia tidak tahu siapa yang merakam pita video seks yang tersebar ketika ini.

Rakaman itu dikatakan menyiarkan lelaki berusia 58 tahun berkenaan melakukan hubungan seks bersama seorang wanita berambut hitam yang tidak dikenali identitinya.

Bercakap mengenai waktu sebenar pita itu mungkin dirakam, selepas perpisahan dengan Linda, Hogan memberitahu TMZ.com kelmarin: “Dia bukan seorang saja wanita berambut hitam yang saya tiduri dalam tempoh beberapa bulan itu.”

Saya tidak ingat nama wanita yang saya tiduri, lebih-lebih lagi yang muda,” katanya.Legenda ahli gusti itu berkata, pita itu sekurang-kurangnya sudah dirakam lima tahun lalu kerana dia belum begitu lama hidup bersama isterinya sekarang Jennifer McDaniel.

Hogan turut musykil mengapa pita itu muncul sekarang selepas ia disembunyikan begitu lama. Hogan berkata: “Mengapa seseorang menyimpannya untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun?”

Hogan berkata, dia diperangkap dan pita itu yang kini boleh didapati di merata tempat adalah “pencerobohan peribadi yang dahsyat”.

Dia juga berkata, ia dirakam “secara rahsia” dan dia tidak pernah bersetuju dengan rakaman itu atau pengedarannya.

“Terry Bollea terkejut dengan pengedaran tidak sah rakaman video secara rahsia itu,” kata peguamnya, David Houston dalam satu kenyataan.[sumber]

*Cuak aku..rakaman dia bergusti lain pun ada jugak ek...kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...