ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 11 Mac 2012

Keindahan menakutkan ribut matahari

Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa foto perubahan planet itu yang dianggap begitu mankjubkan.

Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.

Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.

“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.

Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.

Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.[sumber]

*Cuak aku..memang indah tapi memang menakutkan..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. cantik mata mmndanag tp mmg menakutkan kalau berlaku apa2 kt planet luar sne..

    BalasPadam
  2. keindahan yg mnyeramkan..mmg btol.hehe

    BalasPadam
  3. Subhanallah..masa mula2 dgr hal ni kt berita, agak cuak jgk huhu

    BalasPadam
  4. fuh...matahari ade ribut gak ker??isk..isk..kesian penduduk dia...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. Dunia Akhir Zaman..,Kiamat Dah Dekat..,Huhuhu

    BalasPadam
  6. dah mcm superman bertembung dgn penjahat matahari tu..hahaha

    BalasPadam
  7. sisi hitam sesuatu yg nampak indah, huh...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...