Samsung melancarkan 36 model televisyen LED sebagai tambahan kepada pengeluaran lima pemain Blu-ray dan tiga sistem bunyi pawagam rumah yang baru.
Antara televisyen baru itu, 10 daripadanya mempunyai keupayaan dikawal dengan gerak isyarat dan suara.
Teknologi itu dibangunkan melalui integrasi kamera dan pembesar suara yang didatangkan pada model LED ES7500, LED ES8000 dan Plasma E8000.
Menurut Samsung, pengguna boleh membuka aplikasi seperti Facebook, YouTube atau mencari laman web dengan hanya menggunakan suara.
Kursor pada paparan televisyen juga boleh dipindahkan dengan menggerakkan tangan untuk memilih pautan.
Televisyen itu turut dilengkapi dengan pemproses Samsung dual-core selain mempunyai pangkalan Webkit baru untuk melayari laman web bagi mempertingkatkan keupayaan keseluruhan.[sumber]
*Cuak aku...dulu berebut remote ..lepas ni ramai yang berebut nak bertempik2 kat rumah bila nak tengok tv.. kih kih kih
wah bestnya ada tv macam ini =).
BalasPadamnice entry.
Nampaknya persaingan antara Apple dengan Samsung bkan saja dalam Smartphone dan Tablet, tetapi berlarutan dalam bidang audiovisual juga.
BalasPadambagus juga mcm ni, pengguna banyak pilihan
aku pnh tgk video preview tivi nih...mmg gempak gila...sebut jer terus buka...
BalasPadamAda anak jangan beli tv ni...lagi kuat gaduh!!
BalasPadam