ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 31 Mac 2012

Tapak kaki gergasi di Gunung Salabose

Penemuan berpuluh-puluh kesan tapak kaki saiz gergasi heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di lereng Gunung Salabose, Majene, Sulawesi Barat.

Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai penemuan itu, tetapi lokasi penemuan itu kini menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Gunung Salabose.

Penduduk tempatan percaya kesan tapak kaki gergasi itu milik makhluk ghaib dan mereka memagarinya supaya tidak dipijak oleh pengunjung, lapor Kompas.com.

Menurut penduduk tempatan, kesan tapak kaki gergasi itu bukan hanya ditemui di kampung mereka, tetapi juga di lerang bukit menuju puncak Gunung Salabose.

Seorang penduduk, Abu berkata, pada mulanya tapak kaki itu ditemui tidak jauh dari kediaman mereka."Saya terperanjat ketika menemuinya dan mengajak penduduk lain untuk memeriksa tempat lain dan ternyata banyak kesan tapak kaki seperti itu ditemui di kampung kami," katanya.[sumber]

*Cuak aku..tapak kaki gergasi ke tapak kaki buatan sendiri ni..kih kih kih

1 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...